Sejarah Sekolah


   Sekolah Kebangsaan Rompin mula dibuka pada hari Ahad, 29 September 1957, dengan menumpang  di SJKT Tanah Panjis, Rompin. Bangunan pertama sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.B. Encik Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada 9 September 1966.
   Pada hari ini pada tahun 2012 Sekolah Kebangsaan Rompin telah berwajah baru dengan adanya bangunan baru, padang dan Pra sekolah yang telah dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuh pada tahun 2009. Bangunan 4 tingkat yang dibina atas tapak kantin dan kaurter lama menjadi imej sekolah yang semakin maju ke hadapan. Murid yang seramai 360 orang, 35 orang guru dan 9 orang pekerja menjadi pengerak dalam memajukan sekolah kearah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.